Dewi

Boikot

Alisdare Hickson, CC BY-SA 2.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0>, via Wikimedia Commons



Boikot.

Tindakan memulaukan sesuatu atau seseorang sebagai balasan terhadap perkara buruk yang dilakukannya.

Boikot.

Tindakan mengaibkan sesuatu entiti atas dasar anti terhadap sesuatu perkara yang diperjuangkannya.

Boikot.

Tindakan memerangi pihak yang dianggap sebahagian daripada suatu kezaliman yang dilakukan oleh orang lain yang dikenali rapat dengan pihak tersebut dalam pelbagai bentuk dan cara.

Boikot.

Tindakan menumbuk orang lain yang dilihat menyokong sesuatu yang dibenci oleh orang lain atas dasar kezaliman yang dilakukan atas namanya.

Boikot.

Tindakan memulaukan dan menjatuhkan air muka dan maruah seseorang yang dilihat melakukan sesuatu yang hina disisi pemboikot atas pelbagai alasan dan rencana.

Boikot.

Tindakan mengabaikan perasaan dan keperluan orang lain yang bergantung harap kepada sesuatu yang dibenci tanpa usul periksa dan mengkaji kaitan sebenarnya.

Boikot

Tindakan mewujudkan rasa benci dan taksub terhadap sesuatu, entiti atau orang sehingga mewujudkan dan menggalakkan tindakan keras dan zalim terhadapnya sehingga ke tahap boleh mencederakan malah membunuh orang yang tidak ada kaitan langsung atau tidak bersalah.

Boikot.

Berat dan keras sungguh maknanya.

Wallahualam.

Ulasan