Dewi

Mahabangsa


 


Mahabangsa


Aku pegang sumpah nabi


Aku genggam bara rasul


Natijah suci mahabangsa


Hati neraka tempatnya



Pedih nyawa penuh dendam


Katup mata dilihatnya Tuhan


Kelu gigi sang pengutuk


Sergah saja sudahlah!



Bila si alim melaknat


Kata mahabangsa


Aku hulur darah aku hantar sebat


Pelusuk negeri aku rembat



Iltizam mahabangsa itu


Mahu menakluk kiamat


Tulahlah kebesaranmu


Di tangan janji Tuhan



Aku seru mahabangsa


Dengarkan ini


Tiada lagi takdir, tiada lagi waktu


Permaidani Masyhar juga kunjunganmu


_____________________________________________________


*Dikarang pada 04 Januari 2024 oleh Azhar Aziz



Ulasan